Saturday 26 December 2015

GOODIES COLLECTION & TENTATIF NEW YEAR NITE RIDE

Get ready..
Attention all participants
2016 New Year Nite Ride

GOODIES COLLECTION
31 Dec 2015
10pg-7mlm
@ adham bike centre, indera mahkota
(10% discount @ feed zone abc -for participants only-get the coupon during goodies collection)
8mlm @ UTC -abc booth

NEW YEAR NITE RIDE
9mlm @ UTC -flagoff
Format: controlled funride
With marshall and police
32km
Helmet&light compulsory
10pm- 1030pm : stop and re-grouping @ waterstation at feedzone abc
11mlm- arrived back at finishing@ UTC
-supper meal pack for riders
- lucky draw
- countdown 2016
- confetti only ( unable to get fireworks..sorry)


RIDERS MEAL
-bihun&ayamgoreng
-satay
-abc/cendol
LUCKYDRAWS
- basikal
- aksesori & pakaian basikal
- barangan eletrik
- barangan sekolah
- hamper makanan
For a better year 2016
Healthy lifestyle




abc eventz

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

Bila ada event cycling..maka ramai
yang akan start training,
yg dah usang basikalnya akan pegi servis basikal masing2..upgrade apa yg patut...
yg belum ada basikal akan pegi cari cari basikal..
yg baru tgk event akan mula timbul minat utk berbasikal...
Yg x minat berbasikal..ada yg dpt idea cari duit dari event basikal..
Buka car boot sale la
Buka gerai minum air kelapa tebu cendol bagai
Buka pusat masaj
Buka booth jual barang basikal
Dan macam2 lagi...

Apapun kayuhan beramai2 dalam event ni memang pengalaman yang cukup menarik..
Sampai ramai yang ketagih ..x percaya bole cuba sendiri sekali.
Lepas event..event..dari utara ke selatan
Timur ke barat..sume dia nak pegi..

Oleh itu
abc eventz berangan2
nak menjadi event organizer yang beriltizam menghidangkan sajian event yang memuaskan untuk rider2 di negeri pahang dan pantai timur khususnya dan seluruh malaysia amnya
Dengan mengutamakan kepuasan dan kebajikan peserta..
kasihan bila mengenangkan peserta yang terkena macam2..sebab kita sendiri pun selalu terkena juga huhu..seolah2 dipergunakan begitu saja..datang jauh2, bayar mahal2 , patutnya jersi..tapi tshirt pun x dpt..medal pun sadis..kayuh pun sesat..minuman x cukup..makanan pun rosak..serba serbi x kena..
Perkara sebegini perlu dihentikan
Rider basikal x harus dipermainkan
Hormatilah hak2 pelanggan a k a rider yg bayar registration fee
Kebanjiran event sana sini seharusnya meningkatkan lagi daya saing sihat dikalangan penganjur
Dan kematangan rider sendiri dalam memilih event yg ingin disertai
Kalau susah sangat inilah sebabnye abc eventz bangun tampil sebagai alternatif pilihan dlm penganjuran event hehe
Jom joing venture atau kolaborasi
Utk lebih kelihatan profesional walau baru berusia setahun durian
Jadi langkah pertama adalah rekacipta logo sub-co abc: abc eventz


Wednesday 23 December 2015

2016 New year nite ride

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

2015 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lg
Tinggal kenangan dan memori bersejarah

2016 bakal menjelma..
ABC mengajak anda semua untuk berkayuh basikal keliling bandar Kuantan 
pada malam menjelang tahun baru...
Anjuran bersama abc dan majlis perbandaran kuantan..jalanraya kita punya hehe
Cyclist rule the road 😄..

31 Disember, 9mlm: Bermula di UTC Kuantan melalui bangunan mercutanda utama di Kuantan seperti Stadium darul makmur, Hotel Zenith, Kotasas, UIA , ...singgah sebentar di waterstation @ feed zone abc ..re-grouping 
Kayuh semula melalui Kuantan Medical Centre, Bangunan MPK, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Masjid Negeri sultan ahmad shah 1, wisma sri pahang dan berakhir semula di UTC

Acara cabutan bertuah beserta persembahan pihak MPK akan bermula pada jam 11malam sehinggalah detik 12 tengah malam..

Menu peserta - bihun dan ayam goreng, satay, ABC dan cendol
Medal penamat dan tshirt untuk 700 peserta terawal...dan telah pun lebihh sebenarnya

Pendaftaran masih dibuka dgn RM20 sahaja kini(makan , no plate dan luckydraw) tanpa medal & tshirt ( tshirt boleh dibeli berasingan pada harga rm30)

Pendaftaran secara online @ www.adhambikecentre.net
Pembayaran bolehdibuat secara online kepada akaun maybank 556011068686 adham bike centre
Ataupun secara tunai di kedai adham bike centre

Mari kayuh beramai2..kasi havoc mlm tahun baru di Kuantan..dgn aktiviti sihat
Dengan iringan marshall MPK dan pihak polis trafik

Maklumat lanjut juga boleh didapati di facebook page Adham Bike Centre




Tuesday 22 December 2015

This Is ABC...

Bismillah,

          Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Malaysia...testing testing...yess..InsyaAllah, dengan ini, kami mengumumkan pembentukan blog ABC.

          ABC lebih dikenali sebagai Ais Batu Campur dikalangan masyarakat majmuk Malaysia..satu lagi maksud ABC adalah Adham Bike Centre yang mula beroperasi sejak 20 Februari 2015 di lot B808 Jalan Bukit Ubi, Kuantan , Pahang..setelah 8 bulan ABC telah berpindah ke lokasi yang lebih meletops, di alamat; A61, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.  

          Adham Bike Centre menjual basikal berkuasa tinggi seperti Pinarello, Scott, Trek, KTM, Cannondale, Wilier dari jenis roadbike dan mountainbike. Basikal folding bike, hybrid, fat bike, dan basikal kanak-kanak riang pun ada. Perkhidmatan baik pulih, servis kelas pertama disediakan pada harga premium dan special kroni price. Aksesori basikal dan spare parts pelbagai jenama seperti Shimano, Sram, Campagnolo, ada belaka... 

          Bike carrier jenama Thule original dan aksesori Thule yang lain seperti beg galas, beg laptop, dan cover handphone dibawakan khusus kepada anda dari Sweden. Tayar, tube jenama Vittoria pelbagai saiz dan spesifikasi boleh didapati hanya di ABC (authorized dealer Pahang). ABC juga merupakan pembekal sports nutrition dan ubat kuat sebagai supplemen untuk rider-rider kental dari jenama High5, Proucell, Saltstick, Isagenix, N8 Endurance, Powerbar, dan banyak lagi.

          Selain itu, Feedzone ABC telah beroperasi sejak 19 November 2015, dan merupakan cafe konsep dan food court bertaraf antarabangsa, bersebelahan dengan kedai Adham Bike Centre, dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 1.00 pagi. Sarapan, makanan tengah hari, makan petang, dinner dan supper disediakan. Perkhidmatan catering juga disediakan. Ada sate, abc. makanan western, coconut shake desserts dan macam-macam lagi.

          ABC telah menganjurkan event basikal dibawah kelolaan anak syarikatnya; ABC Eventz bermula dengan ABC Ramadhan Night Ride, dituruti oleh ABC Aidilfitri Funride, dan kemuncaknya adalah Sungai Lembing MTB Challenge. ABC Eventz turut menjayakan penganjuran joint-venture dengan organisasi lain, contohnya Kayuhan Sehati Sejiwa, sempena kempen Kibaran Jalur Gemilang bersama Jabatan Perpaduan, dan MTB Funride sempena 110 tahun Jabatan Pertanian. Event terdekat pada malam tahun baru 2016; New Year Nite Ride yang bakal menggegarkan bandar Kuantan dengan jumlah peserta yang telah mencecah 700 peserta.

          Team ABC telah diwujudkan dari kalangan rider-rider terbaik Kuantan dan Pahang, dari pelbagai kategori bagi mempromosi ABC dan penajanya. Event-event yang disertai meliputi acara roadbike dan mountainbike di seluruh negara.





          InsyaAllah, ABC bakal terus berkembang. Come and support us.