Tuesday 22 December 2015

This Is ABC...

Bismillah,

          Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Malaysia...testing testing...yess..InsyaAllah, dengan ini, kami mengumumkan pembentukan blog ABC.

          ABC lebih dikenali sebagai Ais Batu Campur dikalangan masyarakat majmuk Malaysia..satu lagi maksud ABC adalah Adham Bike Centre yang mula beroperasi sejak 20 Februari 2015 di lot B808 Jalan Bukit Ubi, Kuantan , Pahang..setelah 8 bulan ABC telah berpindah ke lokasi yang lebih meletops, di alamat; A61, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.  

          Adham Bike Centre menjual basikal berkuasa tinggi seperti Pinarello, Scott, Trek, KTM, Cannondale, Wilier dari jenis roadbike dan mountainbike. Basikal folding bike, hybrid, fat bike, dan basikal kanak-kanak riang pun ada. Perkhidmatan baik pulih, servis kelas pertama disediakan pada harga premium dan special kroni price. Aksesori basikal dan spare parts pelbagai jenama seperti Shimano, Sram, Campagnolo, ada belaka... 

          Bike carrier jenama Thule original dan aksesori Thule yang lain seperti beg galas, beg laptop, dan cover handphone dibawakan khusus kepada anda dari Sweden. Tayar, tube jenama Vittoria pelbagai saiz dan spesifikasi boleh didapati hanya di ABC (authorized dealer Pahang). ABC juga merupakan pembekal sports nutrition dan ubat kuat sebagai supplemen untuk rider-rider kental dari jenama High5, Proucell, Saltstick, Isagenix, N8 Endurance, Powerbar, dan banyak lagi.

          Selain itu, Feedzone ABC telah beroperasi sejak 19 November 2015, dan merupakan cafe konsep dan food court bertaraf antarabangsa, bersebelahan dengan kedai Adham Bike Centre, dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 1.00 pagi. Sarapan, makanan tengah hari, makan petang, dinner dan supper disediakan. Perkhidmatan catering juga disediakan. Ada sate, abc. makanan western, coconut shake desserts dan macam-macam lagi.

          ABC telah menganjurkan event basikal dibawah kelolaan anak syarikatnya; ABC Eventz bermula dengan ABC Ramadhan Night Ride, dituruti oleh ABC Aidilfitri Funride, dan kemuncaknya adalah Sungai Lembing MTB Challenge. ABC Eventz turut menjayakan penganjuran joint-venture dengan organisasi lain, contohnya Kayuhan Sehati Sejiwa, sempena kempen Kibaran Jalur Gemilang bersama Jabatan Perpaduan, dan MTB Funride sempena 110 tahun Jabatan Pertanian. Event terdekat pada malam tahun baru 2016; New Year Nite Ride yang bakal menggegarkan bandar Kuantan dengan jumlah peserta yang telah mencecah 700 peserta.

          Team ABC telah diwujudkan dari kalangan rider-rider terbaik Kuantan dan Pahang, dari pelbagai kategori bagi mempromosi ABC dan penajanya. Event-event yang disertai meliputi acara roadbike dan mountainbike di seluruh negara.





          InsyaAllah, ABC bakal terus berkembang. Come and support us.

No comments:

Post a Comment